Saturday 15 December 2012

PROMOTE!!!!!

assalamualaikum dan hye.

hari ni ada banyak benda nak dikongsikan bersama.

salah satu nya adalah...

jeng..jeng..jeng...

saya nak promote blog Mr. R iaitu  PhotRedz

blog ini adalah hasil usaha Mr.R sendiri..

merupakan home base online business

Antara perkhidmatan lain yang disediakan;

1. Mencetak Custom Album
2. Design Layout, Edit & Collage Custom Album
3. Mencetak tshirt rewang, kendarat, persatuan, dll
4. Mencetak Banner (Coming Soon)
5. Canvas Printing (Coming Soon)

jom tengok lukisan seterusnya..

contoh album baby

album majlis pertunangan 

tshirt kendarat/majlis perkahwinan





segala pertanyaan anda boleh hantar emel ke:
Redzwan86@gmail.com

No 15 Jalan Kaloi 20,
81700 Tg. Puteri Resort
Pasir Gudang, Johor





jom jenguk-jenguk.



nurulfarah,55

Friday 14 December 2012

panggilan UMRAH


mencari ilmu

perjalanan hidup 
zairazone
farhanemily
cikgurabiah
slumbergurlz

Cuti Sekolah 2013


assalamualaikum..

perut lapa..dah suruh adik tapau chicken chop..
ok..tengah sibuk-sibuk stalker belog orang, baru teringat nak tengok tarikh..yela cikgu kan,...hihi..so,bolehla tengok bulan-bulan yang ada CUTI SEKOLAH..time cuti jela cikgu nak berehat..tpi..bulan 5 mesti ada camping kat sekolah.

korang yang belum tengok,silakan tengok..bolehlah plan ke draft ke program untuk cuti sekolah nanti..
manetahu ade yang nak melancong ke..kenduri KAWEN ke..bertunang ke..hewhew..at least dah ada dalam perancangan awal..=)

jom, check it out.









sekarang.boleh tengok gambar yang boleh dibuat masa cuti..i mean, kalo nak spend masa dengan keluarga ke, bercuti dll...

fly away...yang penting book dulu..AirAsia pun okey


wedding reception





EngagemenT

FAMILY  HOLIDAY





CUTI-CUTI MALAYSIA...

sekian.

love, 55

Thursday 13 December 2012

My 1st Apam Gula Hangus



Assalamualaikum..salam jumaat yang barakah.

Hari ni saya nak berkongsi resepi apam gula hangus yang baru saya cuba semalam..
agak buruk beno rupanya kerana saya telah mengubahsuai resepi sesuka hati.(hewhew)

jangan tak cuba tau, saya ambil resepi ni dri buku resepi waktu belajar katering makanan dulu..

lets, check it out.

Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum
   1/4 cawan susu tepung
   1/4 cawan gula castor
    1 biji telur  
    1 ct. soda bikarbonat
   1/4 cawan air

Gula perang: 1/2 cawan gula pasir + 1/2 cawan air 

Caranya:
1. Sediakan gula perang. sejukkan.
2. Ayak tepung, susu dan soda bikarbonat sebanyak 2 kali.
3. enjut telur dengan gula Kastor hingga kembang. Masukkan air.
4. masukkan gula perang dan tepung berselang-seli. Gaul rata.
5. Curah ke dalam acuan berlenser. (mama cakap basuk acuan tu dengan air je)
6. Kukus hingga masak. 

Jom tengok hasilnya.....

inilah my1st apam gula hangus..sangat mengujakan..telan jela..=)  


Di sini, ada sedikit pesanan dari saya untuk membuat apam gula hangus ni.

1. Jangan ubah suai resepi yang ada, sekiranya belum pernah buat. =)
2. minta ibu atau nenek atau sesiapa yang mahir tunjukkan cara.
Maklumlah, orang tua lebih makan garam dari kita..so, jangan tunjuk terror..hihi..
3. Jangan pandang bahan-bahan resepi itu mudah..try buat dulu..baru tahu hasilnya..
    (contohnya, 'owh..yang ni je bahan dia..senang je ni..' betul, kita boleh positif..tapi jangan terlalu    confident..nanti frust..sob.sob..
4. mulakan dengan bismillah..Insha Allah...apam gula hangus diberkati dan kenyang.


last but not least.. jom cuci mata dengan ilustrasi yang mengeyangkan.

apam gula hangus yang sedap! (tengs POTRET KASIH, google)






selamat mencuba! good luck..




 
 


K.A.W.A.N

assalamualaikum dan hye.

Entry kali ni nak berkongsi tentang sebuah kehidupan iaitu kawan.
saya pasti ramai di luar sana mempunyai kawan biasa,kawan baik,kawan kawan dan semua yang termasuk dalam perkataan kawan.




kita boleh panggil kawan, sahabat, teman, teman lelaki.teman perempuan dsb..
orang cakap,tersalah pilih kawan, merana seumur hidup.tersalah pilih kawan, tersasar haluan hidup.
penah dengar pepatah ini?  'kamu adalah siapa yang berada disekelilingmu'

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang   -Hamka-


kawanbaik

Cerita saya tentang seorang kawan baik saya..Insha Allah, dunia dan akhirat.
Cikgu Nurul Syuhada bt Mokhtar.
Kecil molek orangnya.
Ditakdirkan kami bertemu di Maktab Perguruan Sultan Mizan semasa sama-sama menuntut bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pend selama 1 tahun stgh..tahun 2004-2005 kalau tak salah..Kebetulan,kami satu kelas cuma bilik je tak sama.

Syuhada ni, saya panggil 'adik'.haha..mungkin dia agak rendah berbanding saya.walaupun xtinggi mana..hehe.dan saya rasa saya kakak.so sampai sekarang,saya panggil dia adik..

Kemudian, kami menyambung pengajian ke Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn di Batu Pahat Johor selama 4 tahun.Jadi, hubungan kami bertambah rapat kerana selama 4 tahun kami berada di satu bilik walaupun ramai daripada rakan-rakan kami yang berubah bilik =)
Alhamdulillah..ujian dan dugaan yang mendatang,kami hadapi dengan tenang.walaupun kdg-kdg saya rasa ada jugak ter'moody'.biasalah perempuan..hihi..
ok.jom tgk gambar sewaktu kami bersekolah di maktab (rasa kanak-kanak lagi masa ni)

kanak-kanak ribena di padang


Oleh kerana, saya sebilik dengan syida, jadi waktu keluar berjalan-jalan dengan Mr. R dia pun ada sama.hihi...Kami bertiga dipanggil "Geng Kereta Purple"..
oleh sebab rumah abah di Skudai, so tak jauh dari batu pahat..Kadang-kadang syida ikut saya balik ke skudai bila xde aktiviti..dari segala makcik sebelah abah, semua dia kenal..sampai ke maktok, tok bapak,cik awie.cik azli pun dia kenal..tak cukup dengan itu, maklumlah 'keluarga saya yang besar', family sebelah ibu di Perlis pun syida kenal..dari utara ke selatan lah jawapnye..hihi..

Cukup 4 tahun, kami berkonvo bersama-sama di PICC, Putrajaya pada 2010. 

tangga-tangga =)

tahun 2010, kami mula bertugas di sekolah masing-masing.saya bertugas di Sk Kompleks Uda, Johor Bahru..syida di SK Puteri Wangsa, Ulu Tiram..kebetulan, daerah pun tak jauh,jadi kami slalu jugak keluar hanging out bersama-sama..waktu persekolah dan aktiviti2 sekolah yang padat, membatas kami untuk keluar semasa muda remaja dulu..kalau dulu dua tiga shoping kompleks kami redah. kdg2 sampai satu masa, rasa kaki dah penat nak round satu shoping kompleks..mungkin sbb dah tua kot..=) 
 
Akhirnya, pada November 2012 syida telah bertukar status 'cik' kepada 'puan'..
saya?? insya Allah..akan diberitahu kelak..=)
nak dijadikan cerita, saya jenis yang pemalu..(hewhew)...syida boleh paksa saya & Mr. R untuk menjadi kekapit (pengapit) di majlisnya nanti..ermm..setelah berbincang bersama Mr. R.. saya bersetuju walaupun agak kekok berada di  atas stage pelamin tu( rasa macam berdiri atas stage, perhimpunan hari Isnin..oh my..

selepas itu, bermulalah tugas kami sebagai kekapit..tolong mak sydia rewang, walaupun xtahu ape yg nak ditolong..
saya dan Mr. R jadi Mak & Pak Andam Pelamin bidan terjun (hanya orang di majlis itu shaja yang tahu)..kalau nak tahu yg sepenuhnya,kena tnya syida..hihi..

ok.jom tengok gambar yang seterusnya..

suka duka di majlis sahabat kecil molek

majlis akad nikah  (pengapit yang nebes lebih)



alahai sopannye (hewhew)




bergambar kenangan bersama rakan-rakan guru




pelamin anganku .......(jeng..jeng..jeng..)



pengantin Syida bersama suami tersayang, En. Fuarudin bin Razali 



panas dan terik ku redahi.....hihihi

kawan baik saya juga hadir di majlis syida..

(kawan saya, kawan syida juga)



rakan-rakan guru yang hadir

melayan adik-adik syida berposing =)
lagi...

 
ups.. =P (dari jurugambar WeFoundLove)

buat pengetahuan semua, untuk wedding syida ni, saya tak berniat untuk membeli baju baru.
jadi, selongkar punya selongkar, terjumpa baju yang masih elok..baju ni pakai sekali je masa wedding 'kekna', my sis...
mungkin nampak glam..tp apekan daya.layankan je..hihi.sory ye pengantin..terglam pulak..


wedding kekna, 2011

=)
My family of Johor

Alamak!
Dah panjang lebar pulak entry ni...
itu je kot tatapan kenangan majlis kawan baik.
kalau dengan syida, ber 'i' 'u'...(mesti u ols rasa geli-geli je)
jadi, untuk ucapan, bebunyi begini...

''....u, i doakan u selamat menjalani kehidupan baru di dunia yang baru..bersabar dan tabahlah dalam menghadapi apa jua jenis cabaran..Semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi u dunia dan akhirat..terima kasih kerana sentiasa ada disisi i suka ataupun duka..terima kasih kerana terima i sebagai kawan..tanpa kamu di sisi, siapalah saya..Terima kasih sahabat, dunia akhirat..Ya Allah, lindungilah kami di bawah rahmatMu....''


last but not least..
dah macam novel pulak..hihih..
kepada semua di luar sana,
belajarlah menghargai sesiapa di sekeliling kamu..kerana kamu akan rasa kehadiran mereka di saat mereka meninggalkan kamu..
belajar dari manusia, perbaiki diri sendiri..kerana mereka, kita dapat melihat kekurangan dalam diri kita.Insha Allah..jom audit diri (teringat pesanan Prof. Dr. Muhaya)




Warkah buat dia, sahabatku.. T_+
sekian.








intai intai


Alhamdulillah..
Dapat idea from one of top blogger hentakbelipat about wedding.
May Allah blessing both of u..Insha Allah.
Tengs Yana for a great sharing ideas of wedding.

<3 

 





masak masak

Assalamualaikum dan hye.


Alhamdulillah..dengan izin Allah S.W.T saya dapat kembali lagi di blog saya yang dah lama xupdate.bukan apa..susah sangat nak istiqamah dengan apa yang dibuat.insyaAllah.dengan kelapangan masa yang ada, saya akan cuba habis baik untuk berkongsi apa jua jenis topik =)

oklah..tanpa membuang masa..dalam dua tiga hari ni, timbul minat untuk memasak kembali..hehe..bukan lama xke dapur.cuma dah lama xmembuat sesuatu yang boleh buat orang kenyang n happy..kebetulan. Mr R request suruh buat cookies..erm..malas.tp macam best jugak kalo buat.boleh makan-makan dan makan lagi..

saya terus google carik resepi femes amos chocolate chips yang femes tu..hehe.dan terus google kat myresepi.com. saya terus beli barang dan check kt freezer manetahu barang-barang kek yang masih boleh dipakai.nampak sangat membeli,tapi tak buat pun.try punya try..dua kali baru dapat step macammana nak buat cookies yang femes tu.1st time buat, saya kurangkan gula dengan sndri..jadilah bskut raya yang kurang manis...2nd time buat baru ok..tp agak manis jugak Mr R cakap..insyaAllah nanti saya cuba lagi..manetau boleh masuk pasaran. =)

ada beberapa blog yang saya google dalam membantu meningkatkan kemahiran memasak dan mengutip ilmu dari yang dah pakar.
almaklumlah..nak belajar ni perlu berguru.so,carila ilmu sebanyak mungkin..kerana ia boleh diguna pada masa depan  =) jom tambah ilmu!!

Di antaranya:
DapurTanpaSempadan
 KAK ITA
MyResepi
JintanManis
pelangichenta


jom tengok hasil femes amos saya yang sedap! wee

famos amos chocolate chips   


Mr R ada jugak request suruh belajar buat Macaron..tapi tak jadi-jadi lagi..frust..esok pulak baru try lagi..tapi macaron telah bertukar dengan apam gula hangus..=) nanti saya kongsi resepinya di post yang lain..

*reminder untuk diri sendiri:
 -jangan sesuka hati ubahsuai kandungan resepi yang ada.kalau tak tahu,cuba dulu..kalau tak,frust menonggenglah bila bnda yang nak buat tak jadi..huhu..

*kutip ilmu selagi boleh. Insha Allah berguna kelak.


sekian. =)