Thursday 13 December 2012

K.A.W.A.N

assalamualaikum dan hye.

Entry kali ni nak berkongsi tentang sebuah kehidupan iaitu kawan.
saya pasti ramai di luar sana mempunyai kawan biasa,kawan baik,kawan kawan dan semua yang termasuk dalam perkataan kawan.




kita boleh panggil kawan, sahabat, teman, teman lelaki.teman perempuan dsb..
orang cakap,tersalah pilih kawan, merana seumur hidup.tersalah pilih kawan, tersasar haluan hidup.
penah dengar pepatah ini?  'kamu adalah siapa yang berada disekelilingmu'

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang   -Hamka-


kawanbaik

Cerita saya tentang seorang kawan baik saya..Insha Allah, dunia dan akhirat.
Cikgu Nurul Syuhada bt Mokhtar.
Kecil molek orangnya.
Ditakdirkan kami bertemu di Maktab Perguruan Sultan Mizan semasa sama-sama menuntut bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pend selama 1 tahun stgh..tahun 2004-2005 kalau tak salah..Kebetulan,kami satu kelas cuma bilik je tak sama.

Syuhada ni, saya panggil 'adik'.haha..mungkin dia agak rendah berbanding saya.walaupun xtinggi mana..hehe.dan saya rasa saya kakak.so sampai sekarang,saya panggil dia adik..

Kemudian, kami menyambung pengajian ke Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn di Batu Pahat Johor selama 4 tahun.Jadi, hubungan kami bertambah rapat kerana selama 4 tahun kami berada di satu bilik walaupun ramai daripada rakan-rakan kami yang berubah bilik =)
Alhamdulillah..ujian dan dugaan yang mendatang,kami hadapi dengan tenang.walaupun kdg-kdg saya rasa ada jugak ter'moody'.biasalah perempuan..hihi..
ok.jom tgk gambar sewaktu kami bersekolah di maktab (rasa kanak-kanak lagi masa ni)

kanak-kanak ribena di padang


Oleh kerana, saya sebilik dengan syida, jadi waktu keluar berjalan-jalan dengan Mr. R dia pun ada sama.hihi...Kami bertiga dipanggil "Geng Kereta Purple"..
oleh sebab rumah abah di Skudai, so tak jauh dari batu pahat..Kadang-kadang syida ikut saya balik ke skudai bila xde aktiviti..dari segala makcik sebelah abah, semua dia kenal..sampai ke maktok, tok bapak,cik awie.cik azli pun dia kenal..tak cukup dengan itu, maklumlah 'keluarga saya yang besar', family sebelah ibu di Perlis pun syida kenal..dari utara ke selatan lah jawapnye..hihi..

Cukup 4 tahun, kami berkonvo bersama-sama di PICC, Putrajaya pada 2010. 

tangga-tangga =)

tahun 2010, kami mula bertugas di sekolah masing-masing.saya bertugas di Sk Kompleks Uda, Johor Bahru..syida di SK Puteri Wangsa, Ulu Tiram..kebetulan, daerah pun tak jauh,jadi kami slalu jugak keluar hanging out bersama-sama..waktu persekolah dan aktiviti2 sekolah yang padat, membatas kami untuk keluar semasa muda remaja dulu..kalau dulu dua tiga shoping kompleks kami redah. kdg2 sampai satu masa, rasa kaki dah penat nak round satu shoping kompleks..mungkin sbb dah tua kot..=) 
 
Akhirnya, pada November 2012 syida telah bertukar status 'cik' kepada 'puan'..
saya?? insya Allah..akan diberitahu kelak..=)
nak dijadikan cerita, saya jenis yang pemalu..(hewhew)...syida boleh paksa saya & Mr. R untuk menjadi kekapit (pengapit) di majlisnya nanti..ermm..setelah berbincang bersama Mr. R.. saya bersetuju walaupun agak kekok berada di  atas stage pelamin tu( rasa macam berdiri atas stage, perhimpunan hari Isnin..oh my..

selepas itu, bermulalah tugas kami sebagai kekapit..tolong mak sydia rewang, walaupun xtahu ape yg nak ditolong..
saya dan Mr. R jadi Mak & Pak Andam Pelamin bidan terjun (hanya orang di majlis itu shaja yang tahu)..kalau nak tahu yg sepenuhnya,kena tnya syida..hihi..

ok.jom tengok gambar yang seterusnya..

suka duka di majlis sahabat kecil molek

majlis akad nikah  (pengapit yang nebes lebih)



alahai sopannye (hewhew)




bergambar kenangan bersama rakan-rakan guru




pelamin anganku .......(jeng..jeng..jeng..)



pengantin Syida bersama suami tersayang, En. Fuarudin bin Razali 



panas dan terik ku redahi.....hihihi

kawan baik saya juga hadir di majlis syida..

(kawan saya, kawan syida juga)



rakan-rakan guru yang hadir

melayan adik-adik syida berposing =)
lagi...

 
ups.. =P (dari jurugambar WeFoundLove)

buat pengetahuan semua, untuk wedding syida ni, saya tak berniat untuk membeli baju baru.
jadi, selongkar punya selongkar, terjumpa baju yang masih elok..baju ni pakai sekali je masa wedding 'kekna', my sis...
mungkin nampak glam..tp apekan daya.layankan je..hihi.sory ye pengantin..terglam pulak..


wedding kekna, 2011

=)
My family of Johor

Alamak!
Dah panjang lebar pulak entry ni...
itu je kot tatapan kenangan majlis kawan baik.
kalau dengan syida, ber 'i' 'u'...(mesti u ols rasa geli-geli je)
jadi, untuk ucapan, bebunyi begini...

''....u, i doakan u selamat menjalani kehidupan baru di dunia yang baru..bersabar dan tabahlah dalam menghadapi apa jua jenis cabaran..Semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi u dunia dan akhirat..terima kasih kerana sentiasa ada disisi i suka ataupun duka..terima kasih kerana terima i sebagai kawan..tanpa kamu di sisi, siapalah saya..Terima kasih sahabat, dunia akhirat..Ya Allah, lindungilah kami di bawah rahmatMu....''


last but not least..
dah macam novel pulak..hihih..
kepada semua di luar sana,
belajarlah menghargai sesiapa di sekeliling kamu..kerana kamu akan rasa kehadiran mereka di saat mereka meninggalkan kamu..
belajar dari manusia, perbaiki diri sendiri..kerana mereka, kita dapat melihat kekurangan dalam diri kita.Insha Allah..jom audit diri (teringat pesanan Prof. Dr. Muhaya)




Warkah buat dia, sahabatku.. T_+
sekian.








No comments:

Post a Comment