Thursday 13 December 2012

My 1st Apam Gula Hangus



Assalamualaikum..salam jumaat yang barakah.

Hari ni saya nak berkongsi resepi apam gula hangus yang baru saya cuba semalam..
agak buruk beno rupanya kerana saya telah mengubahsuai resepi sesuka hati.(hewhew)

jangan tak cuba tau, saya ambil resepi ni dri buku resepi waktu belajar katering makanan dulu..

lets, check it out.

Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum
   1/4 cawan susu tepung
   1/4 cawan gula castor
    1 biji telur  
    1 ct. soda bikarbonat
   1/4 cawan air

Gula perang: 1/2 cawan gula pasir + 1/2 cawan air 

Caranya:
1. Sediakan gula perang. sejukkan.
2. Ayak tepung, susu dan soda bikarbonat sebanyak 2 kali.
3. enjut telur dengan gula Kastor hingga kembang. Masukkan air.
4. masukkan gula perang dan tepung berselang-seli. Gaul rata.
5. Curah ke dalam acuan berlenser. (mama cakap basuk acuan tu dengan air je)
6. Kukus hingga masak. 

Jom tengok hasilnya.....

inilah my1st apam gula hangus..sangat mengujakan..telan jela..=)  


Di sini, ada sedikit pesanan dari saya untuk membuat apam gula hangus ni.

1. Jangan ubah suai resepi yang ada, sekiranya belum pernah buat. =)
2. minta ibu atau nenek atau sesiapa yang mahir tunjukkan cara.
Maklumlah, orang tua lebih makan garam dari kita..so, jangan tunjuk terror..hihi..
3. Jangan pandang bahan-bahan resepi itu mudah..try buat dulu..baru tahu hasilnya..
    (contohnya, 'owh..yang ni je bahan dia..senang je ni..' betul, kita boleh positif..tapi jangan terlalu    confident..nanti frust..sob.sob..
4. mulakan dengan bismillah..Insha Allah...apam gula hangus diberkati dan kenyang.


last but not least.. jom cuci mata dengan ilustrasi yang mengeyangkan.

apam gula hangus yang sedap! (tengs POTRET KASIH, google)






selamat mencuba! good luck..




 
 


No comments:

Post a Comment